Ebi Di Fulus Mania!
August 10th, 2007
11 Ogos 2007 - Nantikan kemunculan Ebi dalam program Fulus Mania esok 11 Ogos 2007, jam 7:30PM. Jangan ketinggalan!
Terima Kasih Atas Sokongan Anda Sehingga Saya Menjadi Top 5 Untuk Anugerah Era.
August 3rd, 2007
BISMILLAHIRAHMAN’RAHIM,
Askum semua. hari ni merupakan hari pertama ebi menulis blog. ebi tahu yang selama ini ramai menantikan ebi punya blog esp K-BIANS walaupun SELAMA NI ebi selalu ckp nak start tulis blog.ebi selalu ckp relaks sampai ada yang cakap ala ebi ni cakap ja nak tulis blog tapi takde pun.tapi alhamdullilah dgn izin Allah hari ni ebi dpt tulis blog.
Sebelum 2 ebi nak memohon maaf sekiranya ada tersalah dan silap semasa ebi menulis blog nanti.Ebi ni kan budak baru belajar nak tulis blog.bak kata pepatah” buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan”.alamak berpatah-patah lah plak.
Oh ya 1st sekali ebi nak mengucapkan berjuta-juta makasih sebab atas sekongan dan undian korang semua esp K-BIANS sehingga ebi dpt masuk top5 anugerah Era utk 2 kategori.Antara kategorinya deng deng deng???suprise kategori pertama iaitu artis baru harapan dan yg ke2 lagu pop pilihan ala lagu yg selalu kita dgr semasa nak buka website kita tu.ebi nak nyanyi chorus skit”Sesungguhnya sinar kau terasa,hilang hanyalah cinta”ok cukup2 lah 2 ebi.Apa pun ebi teringin sangat nak nyanyi lagu ni beramai-ramai semasa show.oklah nanti klu ebi ada show kat mana2 kita nyanyi sama2 k.luv uouls. hehehehe ebi pun dah pandai pakai ayat uols kah iolskah n macam2 lagi.sekali lagi makasih”yazakallahukhairan”.
ok ni ebi nak cerita skit semasa pengumuman utk anugerah Era 2.31 ogos merupakan hari yg penuh makna buat ebi,ibubapa,teman2,peminat2 dan K-BIANS apabila ebi di umumkan layak utk masuk top 5 anugerah Era.Masa 2 ramai juga artis2 yg hadir antaranya Mila wazup2, Aizat, Adam, Farhan, Haziq, Diddy, Yanie, Velvet, Rich, Abg Aznil, Jimmy Yezza, kumpulan Kristal, kumpulan Estranged dan lain2 lagi. maaf ye sepa2 nama yg tak di sebut lupa boss.
oklah ebi rasa sampai sini dulu.harap korang enjoy baca blog ebi ni.maaf klu tak seberapa.insyallah ebi akan buat best skit lah utk yg next 1 k.
”RELAKS IF YOU ARE TO BECOME THE REAL-X”
Ebi FC Bowling Tournament
June 24th, 2007Ebi Sebagai Calon Anugerah Era ‘07 - Undi Sekarang!
June 22nd, 2007
Jangan lupa mengundi EBI untuk Anugerah Era 2007 yang akan datang, dalam 2 kategori - Vokal Lelaki Pilihan & Lagu Pop Pilihan. Borang-borang yang lengkap melalui laman web ERA harus sampai ke ERA sebelum 15 JulaiĀ 2007.
Klik di sini untuk borang undi vokal lelaki pilihan (nombor 11)
Klik di sini untuk borang undi lagu pop pilihan (nombor 84)
Ebi @ eTalk, 24/May/2007, Jam 12AM
May 24th, 2007Ebi di eTalk pada jam 12am (24/May/2007), maaf kerana tidak ada announcement / email di beri kepada FC, Ebi online & masuk eTalk secara tidak di rancang. Seramai 32 orang FC yang sempat berbual bersama Ebi.
Semua chatter pun terkejut dengan kehadiran Ebi di chatroom, pada mula nya tiada siapa yang percaya. Tapi, untuk makluman semua, icon Ebi dalam chatroom tidak sama dengan user lain, icon dia berbentuk bintang. Hanya orang yang ada password saja akan ada icon ini. Maka, jika apa yang anda lihat itu bintang, itu lah Ebi.

Ebi di ERA.fm
May 21st, 2007
Dengarkan Ebi bersama Linda di Radio Era.fm pada 22 May 2007, jam 4PM!!!








gambar-gambar di ambil dari SM blog
Naib Juara Akademi Fantasia 5!!
May 19th, 2007


17 Mei 2007 - Dari Stadium
May 17th, 2007Hari ni adalah hari presentation di mana setiap orang akan menyanyikan 2 buah lagu. Aku rasa tadi semasa presentation akulah yang paling teruk sebab aku belum dapat hafal melodi belum confirm macam mana mau nyanyi tapi Alhamdulillah Syukur padamu Ya Rob sebab tadi masa rehearsal aku nyanyi lebih baik dari rehearsal. Wah! Stadium tu memang kecil. Hahaha. Bestlah stadium tu…Mesti gempaq nanti kalau aku nyanyi Farhana. Tapi bukan Farha. Mantap tu joe. Apa pun Terima kasih Cikgu2 sebab berhenpas pulas.
16 Mei 2007 - Give, Receive & Apply
May 16th, 2007Hari ni aku bangun sebelum jam 6 pagi. Tidur lambat jam 3 pagi. Otak tidak mau tidur terus bekerja memikirkan tentang lagu baru. Lepas tu aku dan Mila diberi peluang oleh Astro pergi menyelam di KLCC Aquaria. Wah best betullah first time aku menyelam dalam hidup ini menggunakan alat2 kelengkapan menyelam. Dapat juga berkenalan dengan ikan2 yang bernama Bob, Kudsia dan Sheryl. Lepas tu Astro buat surprise untuk Mila. Mila punya impian dah jadi kenyataan dan happy juga aku rasa sebab dia dapat juga akhirnya menyuci tingkap KLCC. Perasaan relaks dan kurang tension. Terima kasih 88x sebab beri peluang aku jalan2 siang tadi. Tapi sampai kelas tension balik lagi sebab lagu Sinar Cinta belum settle. Kasihan Cikgu Syafi bersungguh2 pastikan kami dapat ikut melodi sebenar lagu baru kami. Mudah2an Cikgu Syafi diberikan rahmat sebagaimana dia mencucuri kesungguhannya terhadap aku tadi. perasaan sayu dan sedih untuk meninggalkan Akademi ini makin terasa apa lagi apabila Cikgu Najmi pasang lagu How Do I Live Without You dan Mila nangis. Kemudian baru aku sedar tinggal beberapa hari saja lagi Akademi akan menjadi satu sejarah dan memori yg tiada tandingannya. Apa pun syukur Alhamdulillah dan terima kasih semua.

